
Sign up to save your podcasts
Or


Petua dan tips beli rumah, isu tangguh PRN dan artis yang sombong?---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
Episod 195 Keluar Sekejap membincangkan kesan ketegangan perang Iran–AS terhadap ekonomi Malaysia serta global, khususnya implikasinya kepada Malaysia dari sudut harga minyak, perdagangan dan kestabilan pasaran.
Seterusnya, tumpuan diberikan kepada langkah UMNO melalui gagasan Rumah Bangsa, termasuk keputusan menerima semula bekas ahli tanpa syarat. Adakah ini strategi penyatuan yang mampu menguatkan parti, atau sekadar langkah survival politik?
Turut dibincangkan adalah spekulasi mengenai kemungkinan penangguhan PRN — sejauh mana ia realistik, dan apakah implikasinya terhadap landskap politik serta persepsi rakyat.
Akhir sekali, episod ini menyentuh tentang pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global.
00:00:00 Pengenalan
00:02:07 Kesan Perang Iran-AS Kepada Malaysia
00:18:52 Pemerkasaan PKS
00:28:49 Pergolakan Politik di Perlis & Negeri Sembilan
00:30:40 UMNO & Rumah Bangsa
00:43:52 Pencaturan Untuk PRN dan PRU
00:54:45 Tangguh PRN?
CTOS SME Biz Day 2026 merupakan acara perniagaan tahunan utama yang menghimpunkan pembuat keputusan, usahawan dan peneraju industri untuk membincangkan cabaran utama PKS, termasuk akses kepada pembiayaan, pertumbuhan dan kelestarian perniagaan serta transformasi digital.
Dapatkan tiket SME Biz Day 2026 sekarang:
- Petaling Jaya (9 June 2026): https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizday2026pj?aff1=pjbiz26ks
- Penang (28 July 2026): https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizday2026pg?aff1=pgbiz26ks
- Johor Bahru (8 September 2026): https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizday2026jhb?aff1=jbbiz26ks
Rangkuman inisiatif #Bangun KL daripada Hannah Yeoh dan korporat mafia yang tiada penyelesaiannya.
Episod 194 Keluar Sekejap membincangkan kegagalan AS–Iran mencapai persetujuan dalam isu gencatan senjata, serta implikasinya terhadap kestabilan geopolitik semasa.
Episod ini turut mengulas inisiatif Bangun KL — tawaran kopi oleh ZUS Coffee pada harga RM5.00 yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, sebagai antara langkah intervensi strategik bagi menangani kesesakan trafik yang semakin kritikal di Kuala Lumpur.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh ketegangan antara Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan kepimpinan pusat yang semakin memuncak apabila beliau secara terbuka mencabar Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.
Keluar Sekejap juga berpeluang menemubual Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor secara langsung dari Barcelona, Sepanyol dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) — menyentuh perkembangan terkini, peranan Malaysia di peringkat global serta persiapan akhir sebelum armada memulakan pelayaran.
Timestamp EP194
00:00 Intro
2:15 Iran-AS Gagal Capai Persetujuan
23:22 Bangun KL x Zus
35:20 Rafizi Diambang Pecat?
51:00 Lintas Langsung bersama MB Selangor dalam misi GSF 2.0
Rangkuman tema drama hari raya tahun 2026 dan perbincangan mengenai Budi 95.
---------------
Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.
Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.
Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
Dalam Keluar Sekejap Episod 193, perbincangan tertumpu kepada konflik yang semakin memuncak antara AS–Israel dan Iran, serta implikasi geopolitik dan ekonomi yang mungkin dirasai oleh Malaysia.Turut disentuh ialah kontroversi melibatkan ahli perniagaan Victor Chin, yang mendakwa kewujudan rangkaian “mafia korporat” berkait urusan NexG Bhd, termasuk dakwaan tentang seorang perantara dikenali sebagai “Mr R” yang dikaitkan dengan pembayaran RM9.5 juta.Selain itu, episod ini membincangkan laporan mengenai BYD yang didakwa menilai semula rancangan membuka kilang pemasangan CKD di Tanjong Malim, susulan syarat yang dikatakan dikenakan oleh MITI, walaupun kementerian tersebut telah menafikan dakwaan berkenaan.Episod ini juga menyentuh insiden kemalangan maut akibat pemandu mabuk di Klang, yang meragut nyawa Amirul Hafiz Omar (33), seorang bapa kepada tiga orang anak, dan kembali mencetuskan perbahasan tentang penguatkuasaan serta keselamatan jalan raya.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
Episod 192 Keluar Sekejap membincangkan keputusan Khairy Jamaluddin untuk membuat permohonan semula menyertai UMNO selepas seruan “rumah bangsa” oleh Presiden UMNO yang menjemput ahli-ahli yang dipecat dan digantung untuk kembali ke parti tanpa syarat.Keluar Sekejap juga mengulas isu tawaran Sunway Corporation untuk mengambil alih IJM Corporation — adakah nilai sebenar syarikat itu diabaikan dan apakah implikasinya kepada pemegang saham serta landskap korporat negara.Turut dibincangkan ialah isu kes Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah, yang mencetuskan persoalan tentang kemungkinan layanan berbeza dalam proses penguatkuasaan apabila Zamri digari ketika dibawa ke mahkamah manakala Arun tidak. Malah, Arun turut diiringi oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, M. Kulasegaran.Episod ini juga menyentuh persoalan lebih besar dalam politik Malaysia — adakah wujud ruang untuk “third force” dalam sistem politik yang selama ini didominasi oleh dua blok besar, dan sejauh mana ia boleh menjadi alternatif kepada pengundi.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
Episod 191 Keluar Sekejap membincangkan dakwaan terhadap keluarga Almarhum Tun Daim yang dikaitkan dengan komplot bersama kelompok Zionis dalam usaha menggulingkan kerajaan. Turut dibincangkan ialah tindakan SPRM yang sedang mengesan bekas pegawai kepada Rafizi Ramli, James Chai, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM1.1 bilion melibatkan syarikat semikonduktor British, Arm Holdings.Episod ini juga mengulas kenyataan Presiden UMNO yang membuka pintu kepada bekas ahli parti yang pernah dipecat atau digantung keahlian, serta individu yang ingin kembali bersama dalam perjuangan UMNO.Selain itu, KS turut menyentuh beberapa isu sensitif berkaitan 3R yang hangat diperdebatkan kebelakangan ini, termasuk polemik rumah ibadat tanpa kebenaran serta kontroversi insiden pijak al-Quran.Di peringkat antarabangsa, Keluar Sekejap turut meneliti perkembangan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, serta kemungkinan implikasinya terhadap ekonomi dan kepentingan Malaysia.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
Episod 190 Keluar Sekejap membincangkan siasatan PDRM terhadap dakwaan wujudnya komplot melibatkan Toh Puan Naimah yang didakwa bekerjasama dengan sebuah agensi media antarabangsa bagi menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara.
Episod ini turut mengulas pelantikan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu, sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) pada 22 Februari 2026, menggantikan Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menerajui gabungan tersebut.
Perbincangan juga menyentuh Kongres Khas DAP pada 12 Julai yang bakal menentukan sama ada pemimpin DAP dalam kerajaan perlu kekal atau meletakkan jawatan daripada semua jawatan eksekutif.
Selain itu, episod ini mengupas Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang sedang dibentangkan di Parlimen.
Turut dibincangkan ialah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat bahawa Akta International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) tidak memberikan kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif pada 20 Februari 2026, serta implikasinya terhadap ART yang ditandatangani Malaysia.
Episod 189 Keluar Sekejap membincangkan kontroversi terbaharu melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, susulan dakwaan pegangan saham bernilai besar dalam beberapa syarikat tersenarai serta tuduhan kewujudan ‘Corporate Mafia’ dalam landskap korporat negara.Episod ini turut menyentuh ketegangan yang semakin terbuka dan memucak antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.Dalam masa yang sama, keputusan Bersatu memecat Timbalan Presidennya merangkap Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, dianalisis dari sudut perebutan kuasa dan kesannya terhadap landskap politik menjelang PRU16.Keluar Sekejap juga membahaskan tindakan PETRONAS memfailkan rujukan ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kepastian perundangan berhubung pertindihan bidang kuasa.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
From the publisher's feed
Ranked by our users in the last 21 days

3 Listeners

2,076 Listeners

889 Listeners

1,991 Listeners

681 Listeners

202 Listeners

657 Listeners

2 Listeners

178 Listeners

33 Listeners

115 Listeners

0 Listeners

38 Listeners

0 Listeners

0 Listeners