Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

By Khairy Jamaluddin dan Shahril HamdanGovernment
Download on the App Store

Keluar Sekejap episodes

  • EP201 | Krisis Bekalan Global: Malaysia Bersedia?, Tempoh Kritikal?, Kesan Kepada Ekonomi Malaysia?

    Episod kali ini menampilkan Nurhisham Hussein, Penasihat Ekonomi Perdana Menteri serta Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN membincangkan kesan konflik di Timur Tengah terhadap rantaian bekalan global dan bagaimana ia memberi impak langsung kepada Malaysia. Perbincangan memberi fokus kepada tiga sektor utama iaitu bahan api, makanan dan ubat-ubatan, termasuk status semasa bekalan negara, tekanan subsidi kerajaan serta peranan Petronas dalam memastikan kestabilan bekalan domestik.Episod ini turut mengupas risiko “Gelombang 2” krisis global yang dijangka memberi kesan besar kepada sektor petrokimia, pembuatan dan pembinaan bermula Jun hingga Julai 2026. Antara isu yang dibincangkan termasuk kenaikan kos bahan mentah, gangguan rantaian bekalan, tekanan terhadap industri serta kemungkinan kesan kepada peluang pekerjaan dan kos sara hidup rakyat.Selain itu, perbincangan turut menyentuh tekanan terhadap Belanjawan 2026, langkah penjimatan kerajaan, serta implikasi geopolitik yang lebih luas terhadap perdagangan dunia dan kedudukan strategik Asia Tenggara dalam krisis yang sedang berlaku.Terima kasih kepada ENERtec Asia atas kerjasama bagi episod kali ini.Join us at ENERtec Asia 2026 – perhimpunan utama profesional tenaga, inovator dan pemain industri dari seluruh rantau Asia Pasifik.🗓 3 – 5 Jun 2026📍 Kuala Lumpur Convention CentreENERtec Asia kali ini turut bergabung dengan The Energy Transition Conference (ETCon26) oleh Tenaga Nasional Berhad — dua acara besar, satu misi: memacu peralihan tenaga masa depan.Temui inovasi AI, teknologi tenaga boleh diperbaharui, serta pemimpin industri yang sedang membentuk masa depan tenaga dunia.Daftar sekarang di: www.enertecasia.com

    1 hr 38 min
  • EP200 | MB Terkejut, BN Johor Gerak Solo, Pelaburan Tertinggi, Maju Johor 2030, JS-SEZ, Istana Johor

    Episod 200 KS akhirnya tiba.Untuk episod istimewa ini, kami bawakan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dalam sebuah perbincangan yang menyentuh soal kepimpinan, politik, ekonomi dan masa depan Johor.Daripada kisah bagaimana beliau akhirnya diangkat sebagai Menteri Besar Johor, sehinggalah kepada visi besar Agenda Maju Johor 2030 yang sedang mengubah landskap negeri. Perbincangan turut menyentuh bagaimana Johor berjaya muncul sebagai negeri penerima pelaburan tertinggi di Malaysia, projek strategik JS-SEZ, peningkatan hasil negeri, serta usaha membangunkan pendidikan dan bakat anak Johor.Tidak terkecuali, beliau juga menjawab kritikan bahawa dirinya terlalu “micro-manage” pentadbiran negeri, selain menjelaskan nilai Bangsa Johor yang terus diterapkan dalam pentadbiran hari ini.Episod ini turut menyentuh isu politik semasa termasuk keputusan BN Johor untuk bergerak solo dalam PRN Johor, serta hubungan antara UMNO dan institusi Istana Johor.Timestamp EP20000:00 Intro10:09 Tetamu MB Johor16:40 Kenapa MB Johor Tak Dipecat atau Digantung?20:10 Macam Mana Onn Hafiz Jadi MB?31:07 100 Hari Onn Hafiz33:15 Agenda Maju Johor 203037:10 Nilai Bangsa Johor40:35 Pelaburan Tertinggi Malaysia47:04 JS-SEZ54:15 Pendapatan Johor Meningkat1:02:29 Pendidikan Johor1:08:00 MB Micro Manage?1:22:30 Pembangunan Di Luar Selatan Johor1:25:40 BN Johor Gerak Solo PRN Johor1:32:30 MB Johor Budak-Budak?1:40:40 Pengundi Cina Johor1:43:55 BN Gerak Solo PRU 16? 1:48:50 Hubungan UMNO dan Istana1:52:58 Perancangan MB 1:54:58 Nak Jadi PM?

    2 hr
  • EP7 #SembangKS | Parti, Pengumuman dan Perbincangan Dari Subsidi Ke Strategi Politik

    Pengumuman BN Johor bertanding solo di PRN, Pengambilalihan Parti BERSAMA oleh Rafizi dan Nik Nazmi, Perbincangan BUDI95 untuk golongan T20.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗

    28 min
  • EP199 | BN Johor Gerak Solo!, Parti Bersama Malaysia, Samsuri Ketua Pembangkang Baharu, Masa Depan Tenaga Baharu

    Episod 199 Keluar Sekejap membincangkan reaksi para pemimpin Pakatan Harapan dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang memperlihatkan ketegangan politik semakin memuncak antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN), khususnya susulan pendirian BN Johor untuk bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


    Turut dibincangkan ialah keputusan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk keluar daripada PKR, mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing, serta mengambil alih Parti Bersama Malaysia. Apakah implikasi perkembangan ini terhadap masa depan politik negara menjelang PRU16?


    Episod ini turut menampilkan bagi membincangkan masa depan tenaga baharu, tenaga boleh diperbaharui serta hala tuju industri tenaga Malaysia.


    Terima kasih kepada ENERtec Asia atas kerjasama bagi episod kali ini.


    Join us at ENERtec Asia 2026 – perhimpunan utama profesional tenaga, inovator dan pemain industri dari seluruh rantau Asia Pasifik.


    🗓 3 – 5 Jun 2026

    📍 Kuala Lumpur Convention Centre


    ENERtec Asia kali ini turut bergabung dengan The Energy Transition Conference (ETCon26) oleh Tenaga Nasional Berhad — dua acara besar, satu misi: memacu peralihan tenaga masa depan.


    Temui inovasi AI, teknologi tenaga boleh diperbaharui, serta pemimpin industri yang sedang membentuk masa depan tenaga dunia.


    Daftar sekarang di: www.enertecasia.com

    1 hr 48 min
  • EP6 #SembangKS | Rave RM200 Juta, Pembangkang Tak Jadi, Kereta EV dan Hari Ibu

    Rave RM200 Juta, Pembangkang Tak Jadi, Kereta EV dan Hari Ibu


    Ulasan Paultan mengenai EV CBU daripada MITI - https://www.youtube.com/watch?v=LCy32Y67v14---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    25 min
  • EP198 | MCA Gagal?, Trend Pengundi Cina, DAP Besar Kepala?, Sistem Kesihatan Negara, PRN Johor

    Dalam Episod 198 Keluar Sekejap, kami menampilkan Tan Sri Dr. Chua Soi Lek, Mantan Menteri Kesihatan dan Mantan Presiden MCA bagi membincangkan punca kejatuhan MCA serta perubahan pola sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional sejak PRU 2008.Episod ini turut mengupas trend pengundi Cina menjelang PRU16, dominasi DAP dalam politik masyarakat Cina, serta kemungkinan berlakunya hakisan sokongan terhadap DAP susulan reformasi yang dilihat perlahan dan kegagalan memenuhi sebahagian janji politik.Turut disentuh ialah PRN Johor yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat serta cabaran dan hala tuju sistem kesihatan negara berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Menteri Kesihatan.

    1 hr 54 min
  • EP197 | Mendalami Krisis Negeri Sembilan, PRU16: UMNO Tanding Solo?

    Episod 197 Keluar Sekejap mengupas secara mendalam krisis takhta dan ketidaktentuan politik di Negeri Sembilan dengan meneliti latar belakang, implikasi perlembagaan, serta senario yang mungkin berlaku. Perbincangan turut menyorot beberapa pengajaran penting yang boleh dijadikan iktibar dalam memahami dinamika kuasa dan kestabilan politik negeri.Selain itu, episod ini turut mengulas ucapan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Konvensyen 80 Tahun UMNO. Antara fokus utama termasuk agenda Rumah Bangsa, gagasan Musyawarah Nasional, serta idea grand collaboration dalam landskap politik semasa. Kami juga membincangkan kemungkinan UMNO mengambil keputusan untuk bertanding secara solo dalam PRU16.Terima kasih kepada GINTELL kerana menaja episod pada kali ini. Dapatkan promosi eksklusif GINTELL sempena sambutan Hari Ibu BapaTawaran ini sah untuk 50 peminat Podcast Keluar Sekejap terawal sahaja‼️Untuk maklumat lanjut:WhatsApp Hisyam: 016-750 0998Klik pautan: https://wa.link/a23f7fLayari: www.gintell.comInilah masanya untuk memiliki kerusi urut GINTELL pada harga yang lebih mampu milik.🤩

    1 hr 31 min
  • EP5 #SembangKS | Harta Sepencarian, Belanjawan dan Menteri Raver

    Drama rain rave water, perbendaharaan cadang potong bajet kesihatan dan pengajian tinggi serta isu harta sepencarian wanita.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗

    27 min
  • EP4 #SembangKS | Isu Zakat Antara Fisabilillah Dan FEE-sabilillah

    Krisis Negeri Sembilan, himpunan Tangkap Azam Baki, dan penyelewengan dana RM230 juta.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗

    26 min
  • Merungkai Krisis Takhta&Krisis Politik Negeri Sembilan

    Negeri Sembilan kini berdepan satu krisis luar biasa yang menggabungkan pertembungan antara institusi beraja, adat, dan kestabilan politik negeri.Episod 196 Keluar Sekejap yang menampilkan Tan Sri Rais Yatim, Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan membedah kemelut yang bermula sejak April 2026, daripada krisis takhta apabila Undang Yang Empat telah membuat kenyataan untuk menurunlan Yang di-Pertuan Besar, termasuk isu pemecatan Undang Luak Sungai Ujong. Isu ini mencetuskan persoalan besar tentang kesahihan, bidang kuasa, dan keseimbangan dalam sistem adat Negeri Sembilan.Krisis adat ini kemudiannya merebak ke arena politik apabila 14 Adun UMNO- Barisan Nasional menarik sokongan terhadap Menteri Besar, mewujudkan situasi kerajaan tergantung dan ketidaktentuan terhadap hala tuju pentadbiran negeri.Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Bagaimana krisis ini boleh berkembang sejauh ini, dan apakah implikasinya kepada Negeri Sembilan?Kupasan penuh dalam episod ini.

    1 hr 33 min

About Keluar Sekejap

From the publisher's feed

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.

Best of Keluar Sekejap

Ranked by our users in the last 21 days

More shows like Keluar Sekejap

The Breakfast Grille by BFM Media

The Breakfast Grille

3 Listeners

Mufti Menk by Muslim Central

Mufti Menk

2,076 Listeners

Nouman Ali Khan by Muslim Central

Nouman Ali Khan

889 Listeners

Omar Suleiman by Muslim Central

Omar Suleiman

1,991 Listeners

百靈果 News by Bailingguo News

百靈果 News

681 Listeners

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

202 Listeners

好味小姐開束縛我還你原形 by 好味小姐

好味小姐開束縛我還你原形

657 Listeners

偷聽史多利 Talking Story by 康納、卡菈

偷聽史多利 Talking Story

2 Listeners

瘋女人聊天室 by Apple 泰辣 G蛋布丁

瘋女人聊天室

178 Listeners

陶色新聞 by 聽說

陶色新聞

33 Listeners

The Official Liverpool FC Podcast by Liverpool FC

The Official Liverpool FC Podcast

115 Listeners

Khabarnya Podcast by Khabarnya Podcast

Khabarnya Podcast

0 Listeners

Mufti Menk Podcast by Mufti Ismail Menk

Mufti Menk Podcast

38 Listeners

Tekan Habis Podcast by tekanhabis

Tekan Habis Podcast

0 Listeners

Financial Faiz by Faiz Azmi

Financial Faiz

0 Listeners